Rabu, 18 Julai 2012

TRIP MEMANCING DI MANTANANI

Trip ini telah berlangsung pada 13 hingga 15 July 2012, dianggotai oleh saudara Azman selaku ketua pasukan, saudara Saldisuno, saudara Lanlyn, saudara JPL, saudara LagoEverest, saudara bulat dan Penulis sendiri. Trip kali ini kami masih mengunakan khidmat tekong Din dibantu oleh dua orang awak-awak yang peramah iaitu saudara otong dan ajid. Kawasan sasaran kami ialah sekitar perairan mantanani, dimana seminggu sebelum trip kami berlangsung, kami telah dikhabarkan oleh tekong bahawa spesis ikan jenis tenggiri, ikan putih kerian dan amchoi sedang galak makan. Walaubagaimanapun kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Nampak gaya, hasil pancing kami pada kali ini agak kurang disebabkan keadaan air laut yang sangat sejuk, apa-apapun syukur alhamdullilah dipanjangkan kerana biarpun ikan kurang mematuk umpan, kami masih diberikan sedikit rezeki untuk dibawa pulang sebelum bulan puasa bermula. disini terdapat sedikit potret yang sempat dirakam sepanjang trip kami pada kali ini untuk tatapan pembaca-pembaca budiman. Disini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf seandainya selama trip ini berlangsung ada melakukan kesilapan, maaf zahir dan batin. Selamat menyambut bulan puasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan